mari klik nuff nuff

Monday, October 31, 2011

Kenangan Manis atau Pahit?

 Gambar hiasan Google.

Bak pepatah la, kenangan mematangkan usia kita. Aku sokong pepatah tu. Dari kenangan kita dapat belajar macam2 dalam hidup kita. Sebab kn kenangan juga la kita dapat tahu sesuatu benda tu. Dan disebabkan kenangan la juga kita boleh mengelakkan diri kita ni ditipu untuk kali yang kedua.

Kenangan adalah sesuatu yang paling berharga. Tapi ade kebanyakkan di kalangan kita suka membezakan sesuatu kenangan tu. Kenangan pahit dan kenangan manis.

Sebenarnya dulu aku tak tau pun nak bezakan antara kenangan pahit atau manis. Kalo kawan2 aku tanya aku pun tak tau nak cakap yang itu kenangan manis ke pahit. Sebab bagi aku tak de beza antara kenangan manis dan kenangan pahit. Kadang2 kenangan manis tu boleh menjadi kenangan pahit dan kenangan pahit tu boleh menjadi kenangan manis. Mungkin pada masa tu saja kita anggap yang itu adalah kenangan pahit tapi bila usia kita sudah meningkat, kita kenang balik kenangan tu mungkin kita akan cakap yang tu adalah kenangan manis.

Bagi aku kenangan yang paling berharga ialah kehidupan aku dengan kawan dan family aku. Aku ada jumpa seorang penjaga siber cafe,aku tengok cara dia dan percakapan dia macam bekas lecture. Ilmu dia pon boleh tahan tinggi. Aku ngn kawan2 aku pergi ke siber cafe dia untuk print asgmnt kitorang. Dia suruh kitorang baca satu artikel tentang kehidupan yang ada tampal kat dinding. Dia cakap masa usia muda ni hidup dengan kawan2 lebih baik tangkap gambar atau rakam video banyak2 sebab bende tu akan menjadi barang yang paling berharga pada masa akan datang. Aku memang setuju 100% apa yang dia cakap kan tu.

Kalo korang rase kenangan ni suatu perkara yang remeh, korang memang silap besar. Korang pasti akan rase menyesal nanti. Hidup ini penuh dengan dugaan. Kita yang mencorakkan kehidupan ni dan kita juga la yang akan menentukan hidup kita ini kearah kebahagiaan atau kesengsaraan.

Monday, October 24, 2011

Kawan atau Couple?

Kawan atau couple lagi penting?

Bagi siapa-siapa yang sedang hangat bercinta ni mestila pilih couple kan. Aku faham. Tapi kalo ade yang pilih kawan tu lagi penting bagus la. Aku memang salute la. Tapi aku tengok zaman sekarang ni ramai yang lebih penting kan couple dari kawan. Ada yang lebih dengar cakap awek dari kawan sendiri. Sampai ada yang sanggup bertumbuk, tarik muke tak nak tegur, pulau memulau sebab awek. Aku tak paham juga kenapa boleh jadi macam tu.

Aku pernah lalui juga. Mase aku couple dulu, Kalo kawan aku tanya siapa lagi penting, aku cakap kawan. Tapi tu yang keluar kat mulut aku tapi kat hati? Betul ke bende tu? Kadang-kadang aku pon x pasti bende tu betul ke tak dengan perbuatan aku mase tu. Kalo kawan ajak keluar macam2 bagi alasan, tak de duit la, tak de mood la. Tapi tibe2 awek ajak dating, laju je.

Tapi kita mesti kene ingat la siapa yang selalu tolong kita? siapa yang selalu kita berbual? siapa yang selalu ada di samping kita? (bagi yang hidup berdikari la). Kawan juga kan..? Kalau macam tayar kita pancit tengah jalan, ade tak siapa2 yang telefon awek die suruh datang tolong tolak ke ape ke moto die? tak de kan. Mesti telefon kawan punya suruh datang. Bagi siapa2 yang duduk rumah sewa sekali dengan kawan2. Kalo sakit ke semput ke tengah2 malam siapa yang tolong bagi ubat ke bawa ke klinik ke? ade ke siapa2 yang call awek die suruh datang ambil die bawak pegi klinik? bagi ubat? Kawan juga.

Jadi bagi aku kawan ni sangat2 la penting dalam hidup aku. Bagi aku diorang ni penyeri hidup aku selain dari keluarga aku. Bagi korang macam mana pula?

Saturday, October 22, 2011

DUNIA - DUNIA...why?

Adik Yue Yue. Korang kenal tak sape die tu? Kalo ta knl byk2 la tgk berita ye..

Adik Yue Yue ni seorg budak mangsa gilis van di China. Aku sbnrnye ta sampai hati nak tgk video tu sbb mmb2 aku ckp lps die digilis tu sume org ta endah kan die. Ya Allah! kenapa smpai mcm tu sekali? Rupe2nya disebabkan Undang-undang di China tu. Aku ta salahkan masyarakat tu tapi kenapa pihak atasan menggubal Undang-undang yg sebegitu? Aku pon x paham.

Adik Yue Yue semasa dalam keadaan 
koma di Hospital.
Gambar Hiasan Google.

Itu kekejaman yang berlaku di China yang menggemparkan dunia. Satu dunia simpati atas apa yang berlaku pada adik Yue Yue. Tetapi ADAKAH KITA SEDAR YANG BANYAK LAGI KEKEJAMAN YANG BERLAKU DI DUNIA NI? Seperti apa yang berlaku di Palestine.

 
Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Zionis.
Gambar Hiasa Google.

Yang di atas itu gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman zionis. Sebak tak? Ya Allah. Aku rase orang gila tgk pon die akan sebak.
Itu kanak-kanak. Orang dewasa pula mcm mana? terselamat tak? Sebenarnya Azab dorang lebih pedih dan seksa. Korang tgk la sendiri gambar kat bawah tu.


Apa yang dorang buat tu? SEMBELIH MANUSIA. DAN MANUSIA YANG DISEMBELIH TU ADALAH BER AGAMA ISLAM!!

Ya Allah. Mana perasaan dorang? Mana sifat perikemanusiaan dorang? Jelas2 dorang ni lebih teruk dari bintang! Aku harap bende ni dapat buka mata manusia dan orang Islam kat dunia ni. Kita pilu, kita simpati tapi ape tindakan kita? hanya duduk termenung dan bersedih tak mendatangkan apa-apa faedah. Kita mmg tidak berdaya untuk menghalang semua ni berlaku tapi kita sebagai umat Islam hulurkan la sedekah Al -Fatihah dan berdoa semoga mangsa-mangsa kekejaman dunia ni mendapat keberkatan dan marilah kita berdoa semoga pemerintah yang zalim akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan. ALLAHU AKHBAR!
Wassalam.

AL-FATIHAH.

Friday, October 21, 2011

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!

Assalamulaikum, Ahlan Wa Sahlah...

Teman ni orang baru. baru jew nak blajo bab2 blogging ni ha. X reti sepatah haram pon lagi ni. Ni ade le sorang kawan baik teman die bgtaw teman pasal trafic2 ni. teman pon ikut je la ckp dia ni. Die suruh ni la, click ni la, click 2 la. Ni teman ngn die ade jumpe psl trafic ni ha. die tulis klo buat bende ni bole naikkan traffic blog ni. Jadi teman buat la ape yang ade tulis kt blog 2.
klik sini klo kome sume nak tau.

Check Point Terakhir

TALAM DUA MUKA.... Orang jenis ni yang paling aku x suke. Korang pernah x dapat kwn mcm ni? klo prnh mst korg sakit hati gile mcm yang aku lalui skrg.

Dulu dia pernah jd salah seorg kwn baik aku sbb bagi aku dia ni orang yang baik, lemah lembut, setia kawan. Padahalnye Ya Allah....tuhan je la yang tahu. Sejahat kwn2 aku yang lain pon xde la smpai makan kawan sndri. Curi duit kwn sndri, tapi dia ni mmg x reti nak hargai kawan sndri la. Dalam umah aku kami dduk 10 orang. Kami sume rapat da mcm adik beradik sendiri. Tapi yang buat masalahnye dia sorang je. Dalam kalangan kami tggl bilik aku je yang xde hilang duit lagi. yang lain sume da hilang. kami x nak trus serbu dia. kami x kumpul bukti dlu. skrg da macam2 bukti kami ade. skrg tiba 'turn' aku lak. aku bkn duit yang hilang tapi external hard disk. bende tu kalo murah xpe. tapi bagi aku mahal la kalo harganya lebih dari RM 100 ringgit. Skrg ni hnya tggl dia je yg aku belum 'interview' lg. Dia balik kampung dan aku yakin dia balik bukan saja2. Mungkin dia nk larikan diri dari aku sebab aku mesej dan call dia x nak angkat. tapi x pe. Aku nak tengok perangai dia bila dia balik nnt. Sbnrnye dia 2 bdk baik. Tapi dia jadi mcm 2 sbb kn 'BENDA BODOH' 2.

penafian : gambar diambil dari web                                                      

Aku harap2 dia akan berubah suatu hari nnt. Kawan adalah barang paling berharga dalam hidup aku.

Wednesday, October 19, 2011

Bermulanya......

Penyudahnye....buat gk aku bende alah ni....ni pown sbb dorongan kawan baik aku, abg lie...hahahaa....xpela...ade gk tmpt aku nk merapu meraban untuk lps kn perasaan dari maki hamun org...kn...aku harap bnde ni bley mendatangkn faedah kt aku bknnye sia-sia dan melalaikan aku dr hidup realiti aku....hidup ini penuh dgn dugaan...kita juga la yang akan menentukan hidup kita ni kearah kebahagiaan atau kesengsaraan....

nuff lagi