mari klik nuff nuff

Monday, June 25, 2012

Cakap Saja Pandai

Assalaamualaikum wa Rahmatullah dan Salam Sejahtera.

Pertama kali aku nak mintak maaf kepada semua umat di muka bumi ni kalau aku ada terkasar bahasa, biadap, dan sebagainya.

Gambar Hiasan Google.
 

Hari ini aku nak bincangkan pasal orang yang bercakap pandai tapi amalan tiada. kadang2 aku pun begitu juga. Cakap bumbang kencang sana sini tapi apa pun takda. Cakap budak kecik lagi boleh pakai. Tapi boleh ke kita mengutuk orang begitu?

Aku pernah dengar, orang yang menasihati orang lain tetapi dia berbuat sebaliknya, dia akan mendapat dosa besar. Tapi kalau nasihat dia bagus dan boleh diguna pakai, perlu ke kita mencacinya balik? Kalau kita mencacinya balik, kita pun mungkin dalam golongan yang sama sebab kita dah tahu mencaci tu bukan perkara yang elok.

Tapi kalau kita tidak mempunyai akhlak yang bagus tiba2 nak bagi nasihat dekat orang, agak2 orang akan terima ke nasihat kita? orang lagi maki hamun ada la. Puncanya kecil je. Itu sebab ada pepatah yang mengatakan, jangan disebabkan mulut badan binasa. Kita perlu perbaiki dan mengubah diri kita dulu sebelum kita nak mengubah orang lain.

Ilmu kita boleh mencari tapi hidayah mana kita nak cari? Walaupun orang cakap hidayah ada di mana2. Tapi kalau niat dihati dan usaha tiada, boleh ke kita dapat hidayah macam tu je? Semuanya diatas nawaitu dan usaha.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, April 3, 2012

Hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sian blog aku ni. Da bersawang da. Visitor pon da makin kurang da. Tp takpe, aku berblogging ni pon bkn sbb nk feymes pon. Saje nk luangkan mase lapang aku. Bosan-bosan, dr dok melangut je tak tentu pasal.

Hari ni bosan punya pasal aku nak menulis. Dulu aku ade pernah tulis lagu sebab aku ngn kawan-kawan bilik ni suke pegi jaming. First lagu aku tulis tajuk dia, Hidup. Aku tulis lagu tu sebab mase tu aku suke sangat kot hidup kat kolej ni. First sbb ramai kawan, macam-macam bende da aku da buat dan bersepah kenangan manis aku dapat kat sini.


Gambar kat atas ni salah satu kenangan aku ngan kawan-kawan kolej aku. Gambar ni mase ktorg sem 2. Mase ni sume ngah kaya. Kolej dekat je tapi berlagak nak tido hotel. Hahaa.. Lawak plak bile aku kenang balik. Best gile mase ni.

Tapi bila da lama-lama ni aku da mula bosan. kalo tak, dulu aku tak tunggu pon bile la nak cuti ni sebab nak balik ipoh. Sekarang ni setiap masa aku tunggu. Biasa la, hidup ni tak selalunya indah. Tapi bila 'tak indah' tu la yang kita selalu merungut.

Aku bersyukur sebab da banyak kenangan manis aku lalui kat kolej ni. Walaupun sekarang tak se'best' macam dulu, tapi hidup ni penuh dengan kejutan. Semuanya dah ditentukan oleh-Nya. Kita hanya merancang tapi Allah S.W.T. yang tentukan.

Sekian, Wassalam. =)

Saturday, March 10, 2012

Kelemahanku....(-_-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Firstly, aku nk ckp sori gile2 sbb lame x update blog. Mood aku nk menulis tak datang2 dan mungkin malas..hahaa.. Tu perkara biasa bagi seseorang yang kalo die tak minat sangat untuk menulis. Macam aku, tujuan buat blog ni pon sbb nak mencuba bknnye aku suke kerana aku ni mmg jenis yg suke mencube.

Macam yg aku tulis title kt atas 2 bknnye nk ckp yg diri aku ni lemah sgt mcm jelly tp maksud aku kelemahan aku, senang nak sedar tp susah nak berubah.

First skali yg aku rase diri aku ni 'ketegak' sgt, mase aku sem 3 aku gagal. aku dpt pointer bwh drpd 2.00 so skrg aku sem 4 ni tak dpt ptptn dan pngk aku jatuh. Sedar mase sebulan pertama je. Sungguh2 la konon nak blaja konon sem ni nak bg naik pointer. Tp penyudah haram. Habuk pon takde.

Kedua pula mulut aku cabul sgt. Suke ckp lps padahal smpai buat orang tersinggung. Yang ni aku tgh usaha untuk berubah. Skrg Alhamdulillah aku da boleh kawal sikit mulut aku tp gurau aku tetap kasar. Tp beringat jgk la, bak pepatah 'jangan disebabkan mulut badan binasa'.

Ketiga aku suke buat bnde bukan2 mcm cari pasal ngn orang, buat orang tak puas hati ngn aku dan lain2 la. Sbnrnye bg aku bende ni la yang paling bahaya untuk diri kita. Sebab bende ni akan makan diri kita balik. Kita jgk yg sengsara nanti. Sebab bende ni da jadi kat aku lps je seorang kawan baik aku bagi nasihat ni kt aku, 'nnt ko akan menyesal, caye la ckp aku,' . Itu la yang die ckp kt aku. Esoknye terus jadi kt diri aku. Memang betul ckp die sebab aku sendiri yg cari psl ngn diri aku sndri. Sbb aku igt kn bende ni takkan seserious mcm ni. Sendiri tanggung la kan. Padan muke aku.

'What you give, you get back,' . Itu la yg lecturer aku bgtaw kt bdk2 kls aku aritu. Pepatah ni msti la sume orang pernah dengar kan sbb pepatah ni sgt popular. Lecturer aku bgtaw kalo tak rase mase skrg mgkin masa nnt kite akn rase jgk. Tapi bg diri aku sape yg da buat taik(sori, bahasa kasar) ngn aku, aku akan wt taik jgk ngn die smpai bile2. Lantak la ang nk ckp aku kurang ajar ke ape ke. Itu diri aku. Kalo aku kurang ajar pon aku kurang ajar ngn orang yg kurang ajar ngn aku je.

Gambar Hiasan Google.
 

Aku rase smpai sini je kot. Sila2 la tegur aku ye. Kalo ade nasihat sila la tegur2.

Wassalam....

#Sori penulisan huru hara. Da lame tak menulis rase janggal plak.

Saturday, December 24, 2011

PANAS BARAN??

Marah ngn panas baran...Sama ke ha?
Ade setengah orang ckp yang panas baran ni perasaan ego sebenarnye. Kalo marah tu perkara biasa la an. Sume orang akan marah. Cume die akan luahkan ataupun tak. Tu pendapat orang la an. Yang selalu aku dengar.

Tapi betul ke sume tu?

GAMBAR HIASAN GOOGLE.

Aku rase yang betul2 dapat paham diri aku ni abang aku yang no 2 tu sorang je. Tak kira la kawan aku yang rapat gila ngn aku pon belum tentu die dapat paham aku lagi. Abang aku tu pernah marah abang aku yang no 1 tu. Mase tu aku kene marah psl bende kecik je. Dia cakap "ang jangan lebih2 sgt ngn budak tu. Ang tak tau lagi dia mcm mana. Ang jgn nk ikot besaq pala ang ja.". Itu last perasaan 'panas' aku muncul. Mase umur aku 17.

Sekian lama perasaan 'panas' aku tak muncul, baru semalam perasaan tu datang balik. Dan Alhamdulillah aku boleh kawal lagi semalam. yang tu aku bangga ngn diri aku.haha. Perasaan tu datang apabila ade seorang kawan aku ni bakar-bakar aku. Sebenarnye die nasihat aku tapi situasi aku mase tu yang buat kan nasihat die tu jadi minyak petrol untuk naikkan perasaan 'panas' aku tu. Sampai aku tak boleh nak cakap ape da air mata aku meleleh sebab tahan perasaan marah aku tu. Kalo nak ikot kn semalam memang aku nak cakap banyak bende dengan die tapi mulut aku jadi kaku semalam. Sebab perasaan marah aku makin membuak2. Kalo nak ikot kan hati ni la semalam, memang tawakal je la kat tuhan. lantak la ape nak jadi. Tapi Alhamdulillah aku da boleh kawal diri aku sekarang. Betul cakap bapak aku, kalo kita ade niat nak merubah diri kita menjadi baik, walaupun kita tak nampak usaha yang kita lakukan untuk berubah, tapi sebenarnye bila kita da berniat, diri kita ni makin lama makin berubah.

Sebenarnye yang aku nak kongsi kat korang ialah kalo kita nak merubah diri kita ni, perlu ada niat yang ikhlas. Kalo setakat kata je nak berubah, sembayang tonggang terbalik, doa panjang lebar tapi dalam hati kita ni kita tak buang tabiat lama kita, tak kemana weh...

Friday, December 2, 2011

Roti Canai....

Skrg aku ade masalah. Memang berat gile pale otak aku ni memikirkannye. Tapi nak buat mcm mne. Benda da lepas kan. Apa apa pun kite kene teruskan hidup. Mase aku ngah belek2 internet ni tetibe aku terjumpe artikel ni. Artikel ni bagi motivasi skit kat diri aku yang ngah menanggung masalah ni. Nih aku tunjuk kat korang. Baca sampai habis tau...=)

Gambar Hiasan Google.
 
Pernahkah anda makan roti canai time breakfast? Sedap kan?
Nak tau kenapa sedap?Heheh.Ni lah rahsianya…

Pernah tengok tak proses pembuatan roti canai?
Mula-mula ambik tepung,campur dengan air telur garam dan lain-lain.Then, Diuli, Dipukul, Ditumbuk, Dicarik, Ditepek, Dihempas, Dilempar dan Dibakar kat atas kuali yang panasss.

Dengan semua proses di atas, makanya roti canai tu akan menjadi sedap. HEBAT rasanya lepas tu..Cuba bayangkan kalau tepung + air semata-mata, pas tu bakar mcm tu jer....Sedap ke??

Fahamkah anda?

Begitulah juga proses seorang manusia untuk menjadi seorang insan yang HEBAT...

Hidup ini penuh ujian. Mana ada orang yang hidup senang sahaja.. Mesti ada kesusahan, mesti kene ada usaha. Allah akan menguji hambaNya kerana itu adalah tanda Allah sayangkan hambaNya. Cuba kalau kita hidup rilek je, semuanya senang2 jer dapat,agak-agak kita akan jadi orang yang bersyukur tak? SUDAH PASTI TIDAK..MUNGKIN kita akan menjadi seorang yg LEKA & ALPHA dan tidak tahu menghargai apa2 pun... Tapi dengan ujian, kita akan berusaha overcome die, then kita akan bermuhasabah(fikir) then barulah kita jadi manusia berkualiti.

Apa kaitan dengan roti canai?? Apa tidaknya, roti canai dah kene ujian yang hebat barulah dia jadi sedap macam tu. Jadi kita ni bila dapat ujian samada kesenangan apatah lagi kesusahan, Ucaplah..ALHAMDULILLAH....InsyaAllah...JIKA.. kita redha menghadapi ujian tu, kita juga akan menjadi manusia yang HEBAT... Contoh yg lain, Sebatang pokok contohnya... Pokok yang dibaja dengan baja organik (najis) akan tumbuh dengan subur. Kalau baja dengan gula,madu,chocolate,agak2nya..Apa akan jadi pd pokok tu??. Nah tengok, selepas dilempar dengan najis yang kotor dan busuk (figure speech) barulah pokok tu naik dengan suburnya.

Kesimpulannya....

Bila kita d datangi ujian,INGATLAH..jangan sesekali mencaci,menyumpah,mencarut dan sewaktu dgnnya...
Sebaliknya, ucapkan Alhamdulillah sebab dgn cara itu mungkin..

- Allah akan mengkifarah dosa2 kita
- Mgkin jg kita insan yg tpilih dlm proses p'binaan sahsiah yg lebih baik
- Ini adalah peluang utk kita merebut pahala jika kita redha.

Friday, November 11, 2011

Asam Garam Kehidupan


Sudah sekian lama cuti meng update blog, baru ni datang balik mood ni. Sebelum ni bersara sekejap sebab nak tumpu kat final exam. Sekarang Alhamdulillah Final Exam da pun berakhir. Sem ni memang banyak beno dugaan datang kat aku. Masalah dengan kawan2 rumah aku sume da porak peranda, masing2 nak tunjuk lagak sendiri, bermasam muka. Masalah kawan makan kawan, macam2 lagi la. Aku pun da pening da. Nak tegur rasa bersalah tapi kalo tak tegur macam ni la. Nasib badan la tanggung sendiri. Masing2 nak tunjuk ego sendiri. Masa Final juga la sorang kawan aku jatuh sakit. Kami tolong jaga dia sebab mak dia pergi ke Terengganu, ade hal penting. Tapi aku redha. Sebab aku lagi kesian kat kawan aku tu. Dah la tak dapat jawab exam. Moga2 Allah permudahkanlah urusan dia. Bak kata pepatah, asam garam kehidupan. Sume tu pengalaman aku.

Sekarang aku tengah cuti sem. Parents aku pergi menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah, sekian lama hajat mereka berdua nak pergi ke tanah suci akhirnya tercapai. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Semoga mereka mendapat kesihatan tubuh badan semasa menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Permandangan Masjidil Haram.

Indah kan? Tak dinafikan semua umat Islam teringin nak menjalankan ibadah Haji sebab itu adalah salah satu dari rukun Islam. Tapi adakah kita ni jalankan semua yang dituntut dalam Islam? termasuk la saya sekali. Saya da banyak menyeleweng dari tuntutan Islam. Banyak perkara yang dituntut dalam Islam tidak dilakukan. Kebanyakan manusia pada masa kini lebih mengejar dunia dari akhirat. Jadi dimanakah status kita dalam agama kalo kita meninggalkan perkara2 yang dituntut dalam Islam?

Jadi sama2 lah kita memunasabahkan diri kita ni....

Wassalam....

Monday, October 31, 2011

Kenangan Manis atau Pahit?

 Gambar hiasan Google.

Bak pepatah la, kenangan mematangkan usia kita. Aku sokong pepatah tu. Dari kenangan kita dapat belajar macam2 dalam hidup kita. Sebab kn kenangan juga la kita dapat tahu sesuatu benda tu. Dan disebabkan kenangan la juga kita boleh mengelakkan diri kita ni ditipu untuk kali yang kedua.

Kenangan adalah sesuatu yang paling berharga. Tapi ade kebanyakkan di kalangan kita suka membezakan sesuatu kenangan tu. Kenangan pahit dan kenangan manis.

Sebenarnya dulu aku tak tau pun nak bezakan antara kenangan pahit atau manis. Kalo kawan2 aku tanya aku pun tak tau nak cakap yang itu kenangan manis ke pahit. Sebab bagi aku tak de beza antara kenangan manis dan kenangan pahit. Kadang2 kenangan manis tu boleh menjadi kenangan pahit dan kenangan pahit tu boleh menjadi kenangan manis. Mungkin pada masa tu saja kita anggap yang itu adalah kenangan pahit tapi bila usia kita sudah meningkat, kita kenang balik kenangan tu mungkin kita akan cakap yang tu adalah kenangan manis.

Bagi aku kenangan yang paling berharga ialah kehidupan aku dengan kawan dan family aku. Aku ada jumpa seorang penjaga siber cafe,aku tengok cara dia dan percakapan dia macam bekas lecture. Ilmu dia pon boleh tahan tinggi. Aku ngn kawan2 aku pergi ke siber cafe dia untuk print asgmnt kitorang. Dia suruh kitorang baca satu artikel tentang kehidupan yang ada tampal kat dinding. Dia cakap masa usia muda ni hidup dengan kawan2 lebih baik tangkap gambar atau rakam video banyak2 sebab bende tu akan menjadi barang yang paling berharga pada masa akan datang. Aku memang setuju 100% apa yang dia cakap kan tu.

Kalo korang rase kenangan ni suatu perkara yang remeh, korang memang silap besar. Korang pasti akan rase menyesal nanti. Hidup ini penuh dengan dugaan. Kita yang mencorakkan kehidupan ni dan kita juga la yang akan menentukan hidup kita ini kearah kebahagiaan atau kesengsaraan.

nuff lagi