mari klik nuff nuff

Monday, June 25, 2012

Cakap Saja Pandai

Assalaamualaikum wa Rahmatullah dan Salam Sejahtera.

Pertama kali aku nak mintak maaf kepada semua umat di muka bumi ni kalau aku ada terkasar bahasa, biadap, dan sebagainya.

Gambar Hiasan Google.
 

Hari ini aku nak bincangkan pasal orang yang bercakap pandai tapi amalan tiada. kadang2 aku pun begitu juga. Cakap bumbang kencang sana sini tapi apa pun takda. Cakap budak kecik lagi boleh pakai. Tapi boleh ke kita mengutuk orang begitu?

Aku pernah dengar, orang yang menasihati orang lain tetapi dia berbuat sebaliknya, dia akan mendapat dosa besar. Tapi kalau nasihat dia bagus dan boleh diguna pakai, perlu ke kita mencacinya balik? Kalau kita mencacinya balik, kita pun mungkin dalam golongan yang sama sebab kita dah tahu mencaci tu bukan perkara yang elok.

Tapi kalau kita tidak mempunyai akhlak yang bagus tiba2 nak bagi nasihat dekat orang, agak2 orang akan terima ke nasihat kita? orang lagi maki hamun ada la. Puncanya kecil je. Itu sebab ada pepatah yang mengatakan, jangan disebabkan mulut badan binasa. Kita perlu perbaiki dan mengubah diri kita dulu sebelum kita nak mengubah orang lain.

Ilmu kita boleh mencari tapi hidayah mana kita nak cari? Walaupun orang cakap hidayah ada di mana2. Tapi kalau niat dihati dan usaha tiada, boleh ke kita dapat hidayah macam tu je? Semuanya diatas nawaitu dan usaha.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, April 3, 2012

Hidup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sian blog aku ni. Da bersawang da. Visitor pon da makin kurang da. Tp takpe, aku berblogging ni pon bkn sbb nk feymes pon. Saje nk luangkan mase lapang aku. Bosan-bosan, dr dok melangut je tak tentu pasal.

Hari ni bosan punya pasal aku nak menulis. Dulu aku ade pernah tulis lagu sebab aku ngn kawan-kawan bilik ni suke pegi jaming. First lagu aku tulis tajuk dia, Hidup. Aku tulis lagu tu sebab mase tu aku suke sangat kot hidup kat kolej ni. First sbb ramai kawan, macam-macam bende da aku da buat dan bersepah kenangan manis aku dapat kat sini.


Gambar kat atas ni salah satu kenangan aku ngan kawan-kawan kolej aku. Gambar ni mase ktorg sem 2. Mase ni sume ngah kaya. Kolej dekat je tapi berlagak nak tido hotel. Hahaa.. Lawak plak bile aku kenang balik. Best gile mase ni.

Tapi bila da lama-lama ni aku da mula bosan. kalo tak, dulu aku tak tunggu pon bile la nak cuti ni sebab nak balik ipoh. Sekarang ni setiap masa aku tunggu. Biasa la, hidup ni tak selalunya indah. Tapi bila 'tak indah' tu la yang kita selalu merungut.

Aku bersyukur sebab da banyak kenangan manis aku lalui kat kolej ni. Walaupun sekarang tak se'best' macam dulu, tapi hidup ni penuh dengan kejutan. Semuanya dah ditentukan oleh-Nya. Kita hanya merancang tapi Allah S.W.T. yang tentukan.

Sekian, Wassalam. =)

Saturday, March 10, 2012

Kelemahanku....(-_-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Firstly, aku nk ckp sori gile2 sbb lame x update blog. Mood aku nk menulis tak datang2 dan mungkin malas..hahaa.. Tu perkara biasa bagi seseorang yang kalo die tak minat sangat untuk menulis. Macam aku, tujuan buat blog ni pon sbb nak mencuba bknnye aku suke kerana aku ni mmg jenis yg suke mencube.

Macam yg aku tulis title kt atas 2 bknnye nk ckp yg diri aku ni lemah sgt mcm jelly tp maksud aku kelemahan aku, senang nak sedar tp susah nak berubah.

First skali yg aku rase diri aku ni 'ketegak' sgt, mase aku sem 3 aku gagal. aku dpt pointer bwh drpd 2.00 so skrg aku sem 4 ni tak dpt ptptn dan pngk aku jatuh. Sedar mase sebulan pertama je. Sungguh2 la konon nak blaja konon sem ni nak bg naik pointer. Tp penyudah haram. Habuk pon takde.

Kedua pula mulut aku cabul sgt. Suke ckp lps padahal smpai buat orang tersinggung. Yang ni aku tgh usaha untuk berubah. Skrg Alhamdulillah aku da boleh kawal sikit mulut aku tp gurau aku tetap kasar. Tp beringat jgk la, bak pepatah 'jangan disebabkan mulut badan binasa'.

Ketiga aku suke buat bnde bukan2 mcm cari pasal ngn orang, buat orang tak puas hati ngn aku dan lain2 la. Sbnrnye bg aku bende ni la yang paling bahaya untuk diri kita. Sebab bende ni akan makan diri kita balik. Kita jgk yg sengsara nanti. Sebab bende ni da jadi kat aku lps je seorang kawan baik aku bagi nasihat ni kt aku, 'nnt ko akan menyesal, caye la ckp aku,' . Itu la yang die ckp kt aku. Esoknye terus jadi kt diri aku. Memang betul ckp die sebab aku sendiri yg cari psl ngn diri aku sndri. Sbb aku igt kn bende ni takkan seserious mcm ni. Sendiri tanggung la kan. Padan muke aku.

'What you give, you get back,' . Itu la yg lecturer aku bgtaw kt bdk2 kls aku aritu. Pepatah ni msti la sume orang pernah dengar kan sbb pepatah ni sgt popular. Lecturer aku bgtaw kalo tak rase mase skrg mgkin masa nnt kite akn rase jgk. Tapi bg diri aku sape yg da buat taik(sori, bahasa kasar) ngn aku, aku akan wt taik jgk ngn die smpai bile2. Lantak la ang nk ckp aku kurang ajar ke ape ke. Itu diri aku. Kalo aku kurang ajar pon aku kurang ajar ngn orang yg kurang ajar ngn aku je.

Gambar Hiasan Google.
 

Aku rase smpai sini je kot. Sila2 la tegur aku ye. Kalo ade nasihat sila la tegur2.

Wassalam....

#Sori penulisan huru hara. Da lame tak menulis rase janggal plak.

nuff lagi