mari klik nuff nuff

Friday, November 11, 2011

Asam Garam Kehidupan


Sudah sekian lama cuti meng update blog, baru ni datang balik mood ni. Sebelum ni bersara sekejap sebab nak tumpu kat final exam. Sekarang Alhamdulillah Final Exam da pun berakhir. Sem ni memang banyak beno dugaan datang kat aku. Masalah dengan kawan2 rumah aku sume da porak peranda, masing2 nak tunjuk lagak sendiri, bermasam muka. Masalah kawan makan kawan, macam2 lagi la. Aku pun da pening da. Nak tegur rasa bersalah tapi kalo tak tegur macam ni la. Nasib badan la tanggung sendiri. Masing2 nak tunjuk ego sendiri. Masa Final juga la sorang kawan aku jatuh sakit. Kami tolong jaga dia sebab mak dia pergi ke Terengganu, ade hal penting. Tapi aku redha. Sebab aku lagi kesian kat kawan aku tu. Dah la tak dapat jawab exam. Moga2 Allah permudahkanlah urusan dia. Bak kata pepatah, asam garam kehidupan. Sume tu pengalaman aku.

Sekarang aku tengah cuti sem. Parents aku pergi menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah, sekian lama hajat mereka berdua nak pergi ke tanah suci akhirnya tercapai. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Semoga mereka mendapat kesihatan tubuh badan semasa menjalani ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

Permandangan Masjidil Haram.

Indah kan? Tak dinafikan semua umat Islam teringin nak menjalankan ibadah Haji sebab itu adalah salah satu dari rukun Islam. Tapi adakah kita ni jalankan semua yang dituntut dalam Islam? termasuk la saya sekali. Saya da banyak menyeleweng dari tuntutan Islam. Banyak perkara yang dituntut dalam Islam tidak dilakukan. Kebanyakan manusia pada masa kini lebih mengejar dunia dari akhirat. Jadi dimanakah status kita dalam agama kalo kita meninggalkan perkara2 yang dituntut dalam Islam?

Jadi sama2 lah kita memunasabahkan diri kita ni....

Wassalam....

6 comments:

  1. salamun a'laikum

    may Allah bless u my brother..
    :')


    fi aman Allah
    L.N

    ReplyDelete
  2. xpa if ada rezeki pg la melawat rumah Allah :)

    ReplyDelete
  3. skunk nie susah nak cari kawan yang TAK makan kawan.huhu
    teringin nak g menunaikan haji..indahnya :)

    ReplyDelete
  4. kena sentiasa perbaiki dan muhasabah diri:)

    ReplyDelete

nuff lagi